Jumaat, 18 Disember 2009

Jumaat, 9 Oktober 2009

YA ALLAH!

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Setiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbir makhluk-makhluk-Nya)"_ Surah Ar-Rahman : ayat 29

Apabila laut bergelombang, ombak menghempas dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir Sahara, haluan berubah arah dan Kafilah kebingunan dalam perjalanan, ia pun berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila segala pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila dunia yang luas ini tersa sempit buat anda, sedangkan dirimu berasa seolah-olah dihimpit oleh segala yang ditanggungjawabnya, berserulah "Ya Allah Ya Tuhanku".

"Sungguh aku mengingati-Mu pada malam yang hitam pekat, ketika hamparan masa kotor berdebu. Aku berteriak kuat ketika fajar menyingsing sambil tersenyum lebar".

Kepada Allah jualah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian air mata dan segala keluh kesah kesedihan.

Kepada-Nya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.

Dengan nama-Nya setiap lidah menyebut, meminta tolong, bermohon dan memanggil. Dengan mengingati-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang. Urat Saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap.

"(Sesungguhnya) Allah Maha Lemah-lembut kepada para hamba-Nya"

Selasa, 22 September 2009

Aidilfitri 1430H

Salam Aidilfitri...

“Aidil Fitri” berasal daripada perkataan Arab bermaksud Hari Raya Fitrah (suci) kerana pengampunan dosa-dosa di bulan Ramadhan. Aidil Fitri disambut setiap tahun kerana selesai puasa Ramadhan. Apa kiranya Bulan Ramadhan yang menjanjikan keberkatan, keampunan dari Allah tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam?

Berbaloikah sesiapa yang tidak diampunkan dosa-dosanya menyambut Hari Raya Suci ini yang sesuci bagaikan bayi yang baru dilahirkan? Namun kita pasti tetap merayakannya bahkan Umat Islam diwajibkan solat sunat hari raya untuk mengagungkan Allah s.w.t Rabbul Jalil. “Allahu Akbar”…

Hari Raya Aidil Fitri yang juga terkenal dengan “Hari Raya Puasa” disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk Umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua, kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah”.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Ceriakan wajah anda


Bismillahirrahmanirrahim...

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap,saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap
kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk
berkeluh kesah.

Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, kerana sebagaimana kata Rasulullah, "Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh mahupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahuaklam...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Assalamualaikum....



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Salam dan Selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanan kehidupan, insan diingatkan sentiasa bermuhasabah diri. Kita diminta mengkoreksi diri agar kehidupan mengikut rel kebenaran seperti yang diucapkan sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat melalui sepotong ayat dalam surah Al-Fatihah yang bermaksud "Tunjuki kami jalan yang lurus"

Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampun kepadanya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah tidak ada yang boleh menyesatkannya dan barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak ada yang boleh menolongnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan Rasulnya.

Setelah sekian lama ana merancang untuk menulis di blog sendiri. Alhamdulillah, pada malam ini Allah telah mengizinkannya. Sebenarnya sudah lama blog ini dibuat tetapi apakan daya untuk menulis masih tiada kekuatan. Dengan penulisan ana ini, Insyaallah dapat menambahkan lagi ilmu disamping dapat berkongsi idea dengan sahabat-sahabat. Segala teguran dari sahabat-sahabat amatlah ana harapkan.

Akhirnya, hanya kepada Allah jua ana mohon pertolongan, semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat buat ana dan dicatit amal kebaikannya. Dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali. Siru ala Barokatillah...