Jumaat, 9 Oktober 2009

YA ALLAH!

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Setiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbir makhluk-makhluk-Nya)"_ Surah Ar-Rahman : ayat 29

Apabila laut bergelombang, ombak menghempas dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir Sahara, haluan berubah arah dan Kafilah kebingunan dalam perjalanan, ia pun berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila segala pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru "Ya Allah Ya Tuhanku".

Apabila dunia yang luas ini tersa sempit buat anda, sedangkan dirimu berasa seolah-olah dihimpit oleh segala yang ditanggungjawabnya, berserulah "Ya Allah Ya Tuhanku".

"Sungguh aku mengingati-Mu pada malam yang hitam pekat, ketika hamparan masa kotor berdebu. Aku berteriak kuat ketika fajar menyingsing sambil tersenyum lebar".

Kepada Allah jualah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian air mata dan segala keluh kesah kesedihan.

Kepada-Nya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.

Dengan nama-Nya setiap lidah menyebut, meminta tolong, bermohon dan memanggil. Dengan mengingati-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang. Urat Saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap.

"(Sesungguhnya) Allah Maha Lemah-lembut kepada para hamba-Nya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan